Sejarah Surau An-Nur SMK Puchong


Sebelum penubuhan Surau An-nur, bilik kesihatan dan bilik muzik digunakan sebagai bilik solat untuk warga sekolah yang ketika itu jumlahnya tidak ramai. Pada awal tahun 1998, memandangkan bilangan pelajar semakin ramai, perancangan untuk penubuhan suran dilaksanakan. Oleh yang demikian, dengan usahasama Ustaz Esrati bin Mukdi iaitu Ketua Panitia Pendidikan Islam ketika itu bersama-sama dengan Cikgu Hassan bin Taslim dan Pengerusi PIBG, En Samad bin Sulaiman, satu kertas kerja permohonan tapak surau telah diusahakan.
​
Surau ini dibina di atas tiang yang diwakafkan oleh beberapa orang guru antaranya Pn. Che Normalis, mantan Ketua Bidang Kemanusiaan dan Pn.Rosesidah binti Roslan,mantan Ketua Panitia Kemanusiaan. Pada 1998, bermulalah pembinaan Surau An-nur yang mendapat sumbangan daripada ibu bapa dan guru-guru. Serodja Enterprise merupakan kontraktor yang menguruskan pembinaan surau ini yang diusahakan oleh pengarahnya iaitu Tuan Haji Senan@Hasnan. Pada tahun 2000, Surau An-nur siap dibina dan digunakan sepenuhnya.
​



